3,849 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 10 Mac – Brunei Darussalam merekodkan satu lagi kematian dan 3,849 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 140,022 Bagaimanapun kematian itu tidak dikategorikan sebagai kematian akibat Covid-19 dan ini bermakna jumlah keseluruhan yang meninggal dunia kekal 75 orang. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, terdapat 11 kes kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi dan lapan kes Kategori 5, memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Intensif. Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di sini hari…

Read More

22,984 kes baharu Thailand

BANGKOK 10 Mac – Thailand merekodkan 22,984 kes baharu menerusi ujian RT-PCR dan 74 kematian, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 3,111,857 kes dan 23,512 meninggal dunia sejak wabak itu melanda pada 2020. Daripada jumlah itu, sebanyak 22,937 adalah jangkitan tempatan dan 47 kes import manakala 49,494 orang disahkan positif Covid-19 melalui kit ujian antigen tetapi tidak dimasukkan dalam jumlah kes harian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 24,161 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,868,011 pesakit pulih. Sementara itu, subvarian Omicron BA.2 kini varian dominan di Thailand, menyumbang kira-kira…

Read More

Kes jangkitan turun sedikit

PUTRAJAYA 10 Mac – Jumlah kes jangkitan Covid-19 dalam negara turun sedikit dengan 30,246 lagi kes baharu direkodkan semalam, berbanding 31,490 kelmarin. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 29,828 kes membabitkan penularan tempatan dan 418 lagi adalah kes import. Perkembangan itu menjadikan jumlah kes sehingga kini meningkat kepada 3,711,199 dengan kes aktif pula sebanyak 310,160 , penambahan 3,480 semalam. Sebanyak 9,797 kes (32.39%) adalah kategori 1, dan 20,226 kes (66.87%) kategori 2 manakala kategori 3 sebanyak 115 kes (0.38%); Kategori 4: 54 kes (0.18%); dan Kategori…

Read More

Warta pelitup muka tepati piawaian

KUALA LUMPUR 10 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mewartakan pelitup muka yang menepati piawaian kesihatan bagi rujukan pengguna dalam usaha membendung penularan Covid-19. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi, berkata langkah itu berikutan terlalu banyak pelitup muka yang dihasilkan dan dijual di pasaran yang tidak menepati standard kesihatan. Katanya, bagi pelitup muka, Kementerian sedang memperhalusi untuk menjamin kualiti pelitup muka yang sepatutnya dijual untuk mencegah penularan Covid-19. “Ia menepati standard bagi kegunaan perubatan iaitu memiliki tiga lapisan,” katanya…

Read More

30.4 peratus kanak-kanak terima vaksin

PUTRAJAYA 10 Mac – Sebanyak 1,078,539 individu atau 30.4 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 17,194 kanak-kanak tampil semalam bagi mendapatkan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). Dalam tempoh yang sama, sebanyak 42,385 lagi individu mendapatkan dos penggalak menjadikan jumlah keseluruhan 15,157,782 atau 64.4 peratus populasi dewasa negara sudah menerima dos itu. Di samping itu bagi kumpulan populasi sama, sebanyak 22,931,610 atau 97.5 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala…

Read More

42 peratus kematian tertunggak

PUTRAJAYA 10 Mac – Kementerian Kesihatan menjelaskan sebanyak 42 peratus atau 48 daripada jumlah keseluruhan 113 kes kematian yang dilaporkan semalam adalah kes kematian tertunggak atau dilaporkan melebihi tempoh 72 jam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata hanya 65 atau 58 peratus yang dilaporkan semalam menepati masa pelaporan dalam tempoh yang ditetapkan. Katanya, sejak 1 Mac lalu, laporan kematian disebabkan oleh Covid-19 sudah ditambah baik di mana kematian perlu dilaporkan dalam tempoh 72 jam dengan sasaran yang ditetapkan adalah 80 peratus daripada jumlah kes kematian yang secara langsung…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.06

PUTRAJAYA 10 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini semalam turun kepada 1.06 berbanding 1.07 kelmarin. Lima negeri merekodkan kadar melebihi 1.06 didahului Sarawak dengan kadar tertinggi 1.36, sama seperti kelmarin. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.19, Terengganu 1.16, Perak 1.14 dan Negeri Sembilan 1.07. Selangor, Melaka dan Kedah masing-masing merekodkan 1.05, diikuti Pahang 1.04, Pulau Pinang 1.02, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.01. Perlis 0.99, Johor 0.99, Kelantan 0.97, Wilayah Persekutuan Labuan 0.91, dan Sabah 0.79. Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan…

Read More

113 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 10 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 113 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 33,497 orang, daripada 3.69 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, 41 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Mengikut statistik semalam dikeluarkan portal GitHub, Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 22 kes, diikuti Sabah (18), Johor (14), Kedah (12) dan Pulau Pinang (10). Negeri yang mencatatkan kematian di bawah 10 kes adalah Pahang dengan sembilan kes diikuti,…

Read More