Kadar kebolehjangkitan 1.06

PUTRAJAYA 10 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini semalam turun kepada 1.06 berbanding 1.07 kelmarin.

Lima negeri merekodkan kadar melebihi 1.06 didahului Sarawak dengan kadar tertinggi 1.36, sama seperti kelmarin.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.19, Terengganu 1.16, Perak 1.14 dan Negeri Sembilan 1.07.

Selangor, Melaka dan Kedah masing-masing merekodkan 1.05, diikuti Pahang 1.04, Pulau Pinang 1.02, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.01.

Perlis 0.99, Johor 0.99, Kelantan 0.97, Wilayah Persekutuan Labuan 0.91, dan Sabah 0.79.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment