30.4 peratus kanak-kanak terima vaksin

PUTRAJAYA 10 Mac – Sebanyak 1,078,539 individu atau 30.4 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 17,194 kanak-kanak tampil semalam bagi mendapatkan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 42,385 lagi individu mendapatkan dos penggalak menjadikan jumlah keseluruhan 15,157,782 atau 64.4 peratus populasi dewasa negara sudah menerima dos itu.

Di samping itu bagi kumpulan populasi sama, sebanyak 22,931,610 atau 97.5 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,208,205 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,833,876 individu atau 91.1 peratus daripada populasi itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,934,067 atau 94.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin

Sebanyak 62,983 dos vaksin diberikan semalam meliputi 18,781 dos pertama, 1,817 dos kedua dan 42,385 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK meningkat kepada 67,935,466.

Related posts

Leave a Comment