Kes jangkitan turun sedikit

PUTRAJAYA 10 Mac – Jumlah kes jangkitan Covid-19 dalam negara turun sedikit dengan 30,246 lagi kes baharu direkodkan semalam, berbanding 31,490 kelmarin.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 29,828 kes membabitkan penularan tempatan dan 418 lagi adalah kes import.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kes sehingga kini meningkat kepada 3,711,199 dengan kes aktif pula sebanyak 310,160 , penambahan 3,480 semalam.

Sebanyak 9,797 kes (32.39%) adalah kategori 1, dan 20,226 kes (66.87%) kategori 2 manakala kategori 3 sebanyak 115 kes (0.38%); Kategori 4: 54 kes (0.18%); dan Kategori 5: 54 kes (0.18%).

Daripada jumlah kes keseluruhan itu, 297,924 atau 96.1 peratus kuarantin di rumah, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (3,278 atau 1.1 peratus), hospital (8,570 atau 2.8 peratus).

Sebanyak 163 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan dan 225 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula adalah 26,653 menjadikan jumlah keseluruhan 3,367,542 kes.

Sebanyak lima lagi kluster baharu direkodkan, dengan 424 kluster masih aktif.

Related posts

Leave a Comment