PN batal, Muhyiddin berduka

SEPANG 20 Okt. – Pengasas Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berduka atas keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membatalkan pendaftaran gabungan parti pembangkang itu.

Presiden Bersatu itu bagaimanapun berkata, keputusan tersebut menjadi peringatan kepada pemimpin parti gabungan supaya berlaku adil terhadap semua parti anggota dan mematuhi perlembagaan parti serta Akta Pertubuhan 1966.

Katanya, kuasa dan kedudukan dalam parti gabungan tidak seharusnya disalahguna demi kepentingan parti atau kelompok tertentu sehingga menjejaskan tujuan dan matlamat asal penubuhannya.

“Sebagai pengasas PN, saya berduka atas keputusan pembatalan pendaftaran PN hari ini. Saya akan membincangkan langkah ke hadapan dengan pimpinan Bersatu dalam Mesyuarat Biro Politik Khas malam ini,” katanya menerusi kenyataan.

RoS hari ini membatalkan pendaftaran gabungan pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu selepas penjelasan dan representasi yang dikemukakan tidak dapat menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.

Jabatan itu menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas Pendaftar Pertubuhan meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan PN susulan notis bertarikh 22 September 2026.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment