18,162 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 3 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) setakat pukul 12 tengah hari ini melaporkan 18,162 kes baharu Covid-19 serta sembilan kematian. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 17,991 adalah jangkitan tempatan dan 171 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 785,825 dan 1,049 kematian. Sebanyak 15,669 adalah kes baru Protokol 2 yang terdiri daripada 94 kes import dan 15,575 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 2,493 kes disahkan menerusi ujian PCR manakala 2,416 adalah…

Read More

Kes di Saudi catat penurunan

RIYADH 3 Mac – Arab Saudi hari ini terus mencatatkan penurunan kes harian di bawah 500 untuk hari kedua apabila merekodkan 407 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 476 semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dua lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 746,473 dan 9,004 kematian. Sebanyak 685 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 725,792 orang pulih. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 501 dilaporkan dalam keadaan kritikal. Sementara itu, Arab Saudi setakat ini telah memberi  kelulusan untuk sembilan…

Read More

Brunei Darussalam catat 4,885 kes

BERAKAS 3 Mac – Enam lagi kematian dalam kalangan pesakit Covid-19 direkodkan hari ini ketika jumlah jangkitan di Brunei Darussalam terus menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 4,885 kes. Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II,  Dr.  Mohd. Amin Liew Abdullah berkata, dua kematian dikaitkan dengan Covid-19, dua tiada kaitan dan dua dalam siasatan, Beliau yang mewakili Menteri Kesihatan pada sidang media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam berkata, sebanyak enam kes berada dalam Kategori 4, iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan ra Sebanyak lapan…

Read More

23,618 kes baharu Thailand

BANGKOK 3 Mac – Thailand merekodkan 49 lagi kematian dan 23,618 kes baharu Covid-19 hari ini, menunjukkan peningkatan berbanding 45 yang meninggal dunia dan 22,197 kes jangkitan yang dilaporkan semalam. Terdapat 23,211 kes baharu dalam kalangan orang awam, 226 kes di penjara dan 181 kes import dengan jumlah keseluruhan 2,958,162 kes manakala jumlah kumulatif kematian 23,070 orang. Bagaimanapun angka itu tidak termasuk 42,138 kes positif hasil ujian pantas antigen yang dilakukan dalam tempoh yang sama. Jumlah keseluruhan kes jika melalui ujian RT-PCR dan ujian pantas antigen adalah sebanyak 65,756. Daripada…

Read More

Filipina catat 989 kes baharu Covid-19

MANILA 3 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 989 kes baharu Covid-19 berbanding 866 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,664,905. Sebanyak 34 kematian dilaporkan berbanding 53 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 56,538 meninggal dunia. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 3,557,909 termasuk 1,349 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini. Daripada jumlah keseluruhan kes direkodkan di negara ini, sebanyak 1.4 peratus atau 50,458 adalah kes aktif. DoH menjelaskan daripada 989 kes yang dilaporkan hari ini, 879 (89%) berlaku dalam tempoh 14 hari kebelakangan ini (18 Februari – 3 Mac 2022).…

Read More

Sejuta lari tinggalkan Ukraine

SEJUTA orang meninggalkan Ukraine sejak Rusia melancarkan serangan ke atas negara itu seminggu lalu, kata Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) pada Khamis, 3 Mac “Hanya dalam tujuh hari, kami telah menyaksikan penghijrahan satu juta pelarian dari Ukraine ke negara jiran,” kata Filippo Grandi di Twitter Katanya, bagi jutaan penduduk di Ukraine, sudah tiba masanya untuk gencatan senjata supaya bantuan kemanusiaan yang menyelamatkan nyawa dapat diberikan. Sementara itu Jepun merancang untuk menerima pelarian Ukraine dalam masa terdekat. Menurut laporan media, Perdana Menteri Fumio Kishida berkata, kerajaan terlebih dahulu akan…

Read More

SOP longgar Ramadan ini

KUALA LUMPUR 3 Mac – Solat sunat Tarawih dibenar dilaksanakan di masjid dan surau di seluruh negara pada Ramadan ini berpandukan prosedur operasi standard (SOP) lebih longgar yang akan diumumkan kelak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, setakat ini SOP masih belum diputuskan, namun operasi masjid akan berjalan seperti biasa meskipun ketika ini situasi Covid-19 dalam negara masih melepasi 20,000. Katanya, SOP nanti akan dilonggarkan, bergantung kepada keadaan semasa serta berpandukan nasihat daripada Kementerian Kesihatan. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sumbangan Tablet kepada…

Read More

Kes BID tanpa disedari positif

SERDANG 3 Mac – Sebanyak 91 peratus daripada 113 kes antara 5 hingga 21 Februari lalu, dikenal pasti positif Covid-19 selepas pesakit meninggal dunia, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, tinjauan Kementerian Kesihatan mendapati lebih 50 peratus waris kes BID beranggapan pesakit hanya mengalami sakit ringan dan tidak merujuk mereka ke fasiliti kesihatan dengan segera. Khairy menyifatkan peningkatan kes BID itu membimbangkan, dengan kes positif hanya dikenal pasti ketika proses bedah siasat dijalankan Justeru beliau menasihatkan orang ramai terutama yang ada ahli keluarga golongan warga emas, sekiranya ada apa-apa…

Read More

PBB desak Rusia tamatkan perang

NEW YORK: “Mesej Perhimpunan Agung adalah tegas dan jelas. Tamatkan permusuhan di Ukraine. Buka pintu kepada dialog dan diplomasi .”, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres. Kenyataan itu susulan Perhimpunan Agung PBB menerima resolusi menuntut Rusia supaya segera berundur dari Ukraine. Majoriti negara anggota menuntut Rusia segera berundur dari Ukraine dengan 141 daripada 193 negara anggota mengundi resolusi supaya menamatkan pencerobohan Moscow itu. Perbahasan berlangsung selama dua hari yang menyaksikan Duta Ukraine menuduh Rusia melakukan pembunuhan beramai-ramai. Dalam undian yang dibuat, China antara 35 negara berkecuali manakala…

Read More

27,500 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 3 Mac – Sebanyak 27,500 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam, 2 Mac menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,496,090 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak, 27,072 membabitkan kes tempatan dan 428  lagi kes import. Menurut beliau, sebanyak 99.31 peratus bersamaan 27,311 kes adalah pesakit Covid-19 dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan manakala 189 kes atau 0.69 peratus adalah kategori 3,4 dan 5. Daripada jumlah itu, 25 kes (13.23%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 89 kes (47.09%)…

Read More