18,162 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 3 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) setakat pukul 12 tengah hari ini melaporkan 18,162 kes baharu Covid-19 serta sembilan kematian.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 17,991 adalah jangkitan tempatan dan 171 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 785,825 dan 1,049 kematian.

Sebanyak 15,669 adalah kes baru Protokol 2 yang terdiri daripada 94 kes import dan 15,575 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 2,493 kes disahkan menerusi ujian PCR manakala 2,416 adalah jangkitan tempatan dan 77 adalah kes import.

Sementara itu sebanyak 1,685 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 1,708 semalam

Daripada jumlah itu, 232 kes memerlukan bantuan oksigen di wad biasa manakala 53 dipantau rapi di ICU.

Bagi program vaksinasi pula, setakat semalam, sebanyak 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment