Brunei Darussalam catat 4,885 kes

BERAKAS 3 Mac – Enam lagi kematian dalam kalangan pesakit Covid-19 direkodkan hari ini ketika jumlah jangkitan di Brunei Darussalam terus menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 4,885 kes.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II,  Dr.  Mohd. Amin Liew Abdullah berkata, dua kematian dikaitkan dengan Covid-19, dua tiada kaitan dan dua dalam siasatan,

Beliau yang mewakili Menteri Kesihatan pada sidang media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam berkata, sebanyak enam kes berada dalam Kategori 4, iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan ra

Sebanyak lapan kes lagi dalam Kategori 5, iaitu memerlukan bantuan mesin pernafasan dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif.

Katanya dalam tempoh masa 24 jam yang lalu, sebanyak 4,100 adalah hasil pengesanan daripada ujian ART dan 785 adalah hasil daripada 4,400 ujian makmal RT-PCR.

Sementara itu, sebanyak 2,457 kes direkodkan sembuh yang membawa jumlah kes pulih kepada 40,782 manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 35,617.

Dr. Mohd Amin berkata, pada masa ini, kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ adalah sebanyak 9.8 peratus

Beliau juga memberitahu, sebanyak 35,263 kes positif kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, sehingga semalam, sebanyak 55.3 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini menerima tiga dos vaksin, manakala kadar satu dan dua dos masing-masing melebihi 94 peratus.

Related posts

Leave a Comment