Filipina catat 989 kes baharu Covid-19

MANILA 3 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 989 kes baharu Covid-19 berbanding 866 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,664,905.

Sebanyak 34 kematian dilaporkan berbanding 53 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 56,538 meninggal dunia.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 3,557,909 termasuk 1,349 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini.

Daripada jumlah keseluruhan kes direkodkan di negara ini, sebanyak 1.4 peratus atau 50,458 adalah kes aktif.

DoH menjelaskan daripada 989 kes yang dilaporkan hari ini, 879 (89%) berlaku dalam tempoh 14 hari kebelakangan ini (18 Februari – 3 Mac 2022).

Manakala daripada 34 kematian, 11 berlaku pada Februari 2022 (32%), tiga pada Januari 2022 (9%), satu pada November 2021 (3%), empat pada Oktober 2021 (12%), tiga pada September 2021 (9%), satu dalam Jun 2021 (3%), satu pada Mei 2021 (3%), empat pada April 2021 (12%), tiga pada Mac 2021 (9%), satu pada November 2020 (3%), satu pada September 2020 (3%), dan satu pada April 2020.

Related posts

Leave a Comment