23,618 kes baharu Thailand

BANGKOK 3 Mac – Thailand merekodkan 49 lagi kematian dan 23,618 kes baharu Covid-19 hari ini, menunjukkan peningkatan berbanding 45 yang meninggal dunia dan 22,197 kes jangkitan yang dilaporkan semalam.

Terdapat 23,211 kes baharu dalam kalangan orang awam, 226 kes di penjara dan 181 kes import dengan jumlah keseluruhan 2,958,162 kes manakala jumlah kumulatif kematian 23,070 orang.

Bagaimanapun angka itu tidak termasuk 42,138 kes positif hasil ujian pantas antigen yang dilakukan dalam tempoh yang sama.

Jumlah keseluruhan kes jika melalui ujian RT-PCR dan ujian pantas antigen adalah sebanyak 65,756.

Daripada 49 kematian yang melibatkan usia antara 31 dan 99 tahun, dua melibatkan warga Myanmar

Bangkok merekodkan 10 kematian di samping Nakhon Pathom (2), Pathum Thani (1), Samut Prakan (1), Chon Buri (3), Chachoengsao (2), Trat (2), manakala satu kes masing-masing di Chanthaburi, Rayong, Sa Kaeo, Suphan Buri dan Kanchanaburi.

Wilayah lain yang merekodkan kematian adalah Timur Laut (9),Selatan (5), Utara (9).

Bangkok merekodkan kes tertinggi 2,779, diikuti Chon Buri 1,217, Nakhon Si Thammarat 959, Samut Prakan 953, Rayong 754, Nonthaburi 739, Samut Sakhon 704, Phuket 649, Ratchaburi 570 dan Buri Ram 548.

Kes import pula turut melibatkan 44 dari Myanmar, 33 dari Rusia, 23 dari Jerman dan sembilan dari Kemboja.

Semalam, sebanyak 223,414 orang menerima rawatan di hospital termasuk 1,131 pesakit kritikal dan 325 bergantung kepada ventilator.

Related posts

Leave a Comment