Satu kematian 103 kes baharu

BERAKAS 6 Sept. – Brunei Darussalam hari ini merekodkan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19, tiga kes import, 100 kes tempatan dan dua kluster baharu.

Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar memberitahu, kematian ke-14 itu melibatkan lelaki berusia 92 tahun yang mengalami jangkitan paru-paru selepas dijangkiti Covid-19.

Katanya, sebanyak 103 kes baharu direkodkan hari ini termasuk tiga kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,567 kes.

Bercakap pada Sidang Media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalama, beliau juga memaklumkan mengenai dua kluster baharu yang menjadikan 54 kluster dikesan.

Kluster 3274 merekodkan 12 kes dan Kluster 3381 sebanyak lima kes di mana kedua-dua kluster ini mempunyai kes yang sebelum ini tidak diketahui sumber jangkitannya.

Menurut Dr. Md Isham, terdapat 28 tambahan kes baharu kepada sembilan kluster aktif yang sedia ada yang melibatkan mereka yang menjalani kuarantin selepas mempunyai kontak dengan kes-kes sebelum ini.

Sebanyak 58 kes lagi masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan.

Mengenai kes import, tiga kes tiba di Brunei Darussalam dari Manila pada 25 Ogos lalu dengan Royal Brunei BI 684..

Sementara itu sebanyak 187  kes telah disahkan sembuh pada hari ini termasuk 129 kes positif dalam Kategori 1 yang telah membuat pengasingan diri selama 14 hari di rumah masing-masing.

Jumlah kes sembuh di Brunei Darussalam meningkat kepada 2,058 kes dengan jumlah kes aktif 1,489 kes.

Related posts

Leave a Comment