PBB desak Rusia tamatkan perang

NEW YORK: “Mesej Perhimpunan Agung adalah tegas dan jelas. Tamatkan permusuhan di Ukraine. Buka pintu kepada dialog dan diplomasi .”, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres.

Kenyataan itu susulan Perhimpunan Agung PBB menerima resolusi menuntut Rusia supaya segera berundur dari Ukraine.

Majoriti negara anggota menuntut Rusia segera berundur dari Ukraine dengan 141 daripada 193 negara anggota mengundi resolusi supaya menamatkan pencerobohan Moscow itu.

Perbahasan berlangsung selama dua hari yang menyaksikan Duta Ukraine menuduh Rusia melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Dalam undian yang dibuat, China antara 35 negara berkecuali manakala lima negara iaitu Eritrea, Korea Utara, Syria, Belarus dan Rusia mengundi menentang resolusi terbabit.

Resolusi itu antara lain menyatakan rasa kesal berhubung pencerobohan ke atas Ukraine dan mengutuk keputusan Presiden Rusia , Vladimir Putin yang meletakkan senjata nuklearnya dalam keadaan bersiap siaga.

Pengundian itu turut disifatkan diplomat sebagai penggerak demokrasi selepas tindakan autokrasi seperti di Myanmar, Venezuela semakin meningkat serta hadir ketika tentera Rusia melancarkan serangan ke atas Kyiv, memaksa rakyat Ukraine yang ketakutan melarikan diri.

“Mereka datang untuk menafikan hak kewujudan Ukraine. Sudah jelas matlamat Russia bukan untuk menjajah semata-mata. Ia adalah pembunuhan beramai-ramai,” kata Duta Ukraine, Sergiy Kyslytsya ketika berucap pada perhimpunan terbabit.

Putin melancarkan serangan ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu.

Moscow mendakwa tindakan itu sebagai mempertahankan diri mengikut Artikel 51 Piagam PBB.

Bagaimanapun, tindakan itu dibidas negara Barat yang mendakwa Rusia melanggar Artikel 2 piagam berkenaan iaitu menghendaki anggota PBB menahan diri daripada ancaman atau penggunaan kekerasan untuk menyelesaikan krisis.

Duta Amerika Syarikat (AS), Linda Thomas-Greenfield, mendakwa Rusia sedang bersedia untuk meningkatkan kekejaman dalam kempennya termasuk memindahkan senjata berbahaya yang diharamkan di bawah Konvensyen Geneva ke Ukraine.

Sekutu Rusia , Belarus pula mempertahankan pencerobohan Moscow di mana

Dutanya, Valentin Rybakov, turut mengutuk sekatan Barat terhadap Rusia dan menyifatkannya contoh keganasan terburuk dalam ekonomi serta kewangan.

Sementara itu, Jepun dan New Zealand mengetuai Asia mengutuk tindakan Rusia , bagaimanapun, China, India serta Pakistan mengambil sikap berkecuali.

Beijing semasa perbahasan menekankan bahawa dunia tidak meraih sebarang keuntungan daripada perang dingin baharu.

Related posts

Leave a Comment