Kes di Saudi catat penurunan

RIYADH 3 Mac – Arab Saudi hari ini terus mencatatkan penurunan kes harian di bawah 500 untuk hari kedua apabila merekodkan 407 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 476 semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dua lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 746,473 dan 9,004 kematian.

Sebanyak 685 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 725,792 orang pulih.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 501 dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, Arab Saudi setakat ini telah memberi  kelulusan untuk sembilan vaksin Covid-19 bagi perjalanan ke negara itu.

Vaksin berkenaan adalah Pfizer, Moderna, Oxford AstraZeneca, Johnson dan Johnson, Sinopharm, Sinovac, Covaxin, Sputnik dan Covovax.

Kini mereka yang mendapatkan vaksin berkenaan boleh berkunjung ke negara itu.

Related posts

Leave a Comment