27,500 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 3 Mac – Sebanyak 27,500 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam, 2 Mac menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,496,090 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak, 27,072 membabitkan kes tempatan dan 428  lagi kes import.

Menurut beliau, sebanyak 99.31 peratus bersamaan 27,311 kes adalah pesakit Covid-19 dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan manakala 189 kes atau 0.69 peratus adalah kategori 3,4 dan 5.

Daripada jumlah itu, 25 kes (13.23%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 89 kes (47.09%) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak, 38 kes (20.11%) telah menerima dos penggalak, 108 kes (57.14%) berumur 60 tahun dan ke atas dan 48 kes (25.40%) mempunyai komorbid.

Sebanyak 360 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 194 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 27,557 kes.

Semalam, sembilan lagi kluster baharu direkodkan, dengan 475 kluster masih aktif.

Related posts

Leave a Comment