Singapura catat 13,623 kes baharu

SINGAPURA 21 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 13,623 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat 12 tengah hari inj yang terdiri daripada 13,476 jangkitan tempatan dan 147 kes import. Sebanyak tujuh lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 952 kematian dan 596,261 kes. Menurut MoH, jumlah kes baharu Protokol 2 adalah 11,567., terdiri daripada 48 kes import dan 11,519 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 2,056 kes disahkan menerusi ujian PCR,…

Read More

1,052 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 21 Feb. – Arab Saudi merekodkan 1,052 kes baharu Covid-19 hari ini, meningkat sedikit berbanding 1,013 semalam dengan jumlah kematian dua orang sama seperti hari sebelumnya. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan tambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 740,396 sertq 8,986 orang meninggal dunia. Riyadh dilaporkan merekodkan 300 kes diikuti Jeddah 79 dan Dammam 69 manakala bandar lain kurang daripada 50 kes. Sebanyak 2,036 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 713,592 orang. Menurut Kementerian Kesihatan,dalam kalangan kes aktif, sebanyak 795 dalam keadaan kritikal.

Read More

Thailand catat 18,883 kes baharu

BANGKOK 21 Feb. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan apabila 18,883 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 18,953 yang dilaporkan semalam dengan 32 kematian berbanding 30 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 2,731,198 dan 22,656 orang meninggal dunia manakala kes sembuh pula meningkat kepada 2,542,145 apabila 14,914 lagi dilaporkan pulih. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) daripada 32 orang berusia antara 28 dan 92 tahun itu, 19 daripada mereka belum divaksin, lapan mendapat dua dos lebih empat bulan lalu, dan lima mendapat dua dos dalam tempoh empat bulan. Bangkok…

Read More

1,427 kes baharu Filipina

MANILA 21 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 1,427 kes baharu Covid-19, berkurangan berbanding 1,712 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,653,526 kes. Setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 55,763 orang berikutan 79 lagi dilaporkan meninggal dunia. Kes pesakit sembuh turut menunjukkan peningkatan apabila 3,269 lagi dilaporkan pulih menjadikan jumlah keseluruhan 3,539,106 orang atau 96.9 peratus daripada keseluruhan kes. DoH juga memaklumkan, daripada 1,427 kes yang dilaporkan hari ini, 1,389 (97%) berlaku dalam tempoh 14 hari terakhir (8 Februari – 21 Februari 2022). Dalam…

Read More

2,819 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 20 Feb. – Sebanyak lapan kes Covid-19 berada dalam Kategori 4, iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi, kata Menteri Kesihatan Dr Isham Jaafar hari ini. Tiga daripada kes itu sebelum ini berada dalm kategori 5 dan ini bermakna tiada kes dilaporkan dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan  bantuan mesin pernafasan dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif. Menurut Dr Isham terdapat 2,819 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 37,798. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,111 adalah hasil Ujian Pantas…

Read More

Lebih 1 juta daftar PICKids

PUTRAJAYA 21 Feb. – Lebih satu juta atau 28 peratus kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun di negara ini sudah berdaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau memberitahu, seramai 1,022,966 kanak-kanak akan mendapatkan pelalian berkenaan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), yang diperkenalkan sejak 3 Februari lalu. Pada masa sama, Khairy berharap ibu bapa tidak mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ dalam isu pemberian vaksin kepada anak mereka. “Ini kerana kadar kemasukan kanak-kanak ke hospital mula meningkat. Daftarkan anak anda untuk PICKids hari ini,” katanya…

Read More

26,832 kes baharu Malaysia

PUTRAJAYA 21 Feb. – Sebanyak 26,832 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam,  menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan di negara ini meningkat kepada 3,221,680 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes yang direkodkan itu membabitkan 26,764 kes penularan tempatan dengan 68 kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Dalam kenyataannya, beliau berkata, kes paling tinggi adalah pesakit dalam kategori dua iaitu sebanyak 18,230 atau 67.94 peratus. Selain itu sejumlah 8,469 kes (31.56 peratus) pula adalah pesakit dalam kategori satu, diikuti kategori tiga (66 kes),…

Read More

Menggalak ambil dos penggalak

BAGI menggalakkan penduduk Brunei Darussalam mendapatkan suntikan penggalak (booster) vaksin Covid-19, pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh pihak swasta termasuk syarikat telekomunikasi. Menurut laporan Pelita Brunei, Imagine Sendirian Berhad menawarkan lebih 100 hadiah untuk dimenangi bagi orang ramai yang mengambil suntikan penggalak di antara 15 hingga 28 Februari. Hadiah utama, telefon pintar Samsung Galaxy S22 dan langganan percuma bagi ‘mobile booster’, ‘broadband booster’, ‘prepaid starter pack’ dan potongan bil.  Progresif Cellular Sendirian Berhad dengan kerjasama Kementerian Kesihatan pula, menawarkan hadiah telefon pintar Vivo Y76 5G, dengan langganan talian MORE6 selama enam bulan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan turun

PUTRAJAYA 21 Feb. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini turun lagi kepada 1.19  semalam berbanding 1.21 yang dilaporkan kelmarin. Kadar Rt paling tinggi dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 1.60 diikuti Sarawak 1.41, Sabah 1.35, Terengganu 1.33 dan Pulau Pinang 1.31. Ini diikuti Pahang 1.29, Selangor 1.29, Kelantan 1.28, Kedah 1.27, Perlis 1.26, Negeri Sembilan 1.25, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.23, dan Johor 1.21. Tiga negeri lain iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya sama dengan kadar purata kebangsaan iaitu 1.19, Melaka 1.17 dan Perak 1.15.…

Read More

513,393 kanak-kanak terima vaksin

PUTRAJAYA 21 Feb. – Sebanyak 58,894 lagi kanak-kanak tampil mendapatkan vaksin Covid-19 semalam melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). Ini menjadikan jumlah keseluruhan 513,393 individu atau 14.5 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia menerima dos pertama vaksin itu. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 66,459 lagi individu menerima dos penggalak Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 13,992,391 atau 59.5 peratus populasi dewasa menerima dos itu. Bagi populasi dewasa juga, seramai 22,944,158 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,221,715 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.…

Read More