Kadar kebolehjangkitan turun

PUTRAJAYA 21 Feb. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini turun lagi kepada 1.19  semalam berbanding 1.21 yang dilaporkan kelmarin.

Kadar Rt paling tinggi dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 1.60 diikuti Sarawak 1.41, Sabah 1.35, Terengganu 1.33 dan Pulau Pinang 1.31.

Ini diikuti Pahang 1.29, Selangor 1.29, Kelantan 1.28, Kedah 1.27, Perlis 1.26, Negeri Sembilan 1.25, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.23, dan Johor 1.21.

Tiga negeri lain iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya sama dengan kadar purata kebangsaan iaitu 1.19, Melaka 1.17 dan Perak 1.15.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment