1,052 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 21 Feb. – Arab Saudi merekodkan 1,052 kes baharu Covid-19 hari ini, meningkat sedikit berbanding 1,013 semalam dengan jumlah kematian dua orang sama seperti hari sebelumnya.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan tambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 740,396 sertq 8,986 orang meninggal dunia.

Riyadh dilaporkan merekodkan 300 kes diikuti Jeddah 79 dan Dammam 69 manakala bandar lain kurang daripada 50 kes.

Sebanyak 2,036 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 713,592 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan,dalam kalangan kes aktif, sebanyak 795 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment