3,995 kes baharu di Thailand

BANGKOK 27 Jun – Thailand merekodkan 42 lagi pesakit meninggal dunia dan 3,995 kes jangkitan baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,912 kematian dan 244,447 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 3,950 kes melibatkan orang awam termasuk 35 kes import dan 45 lagi kes banduan di penjara.

Bangkok merekodkan kes harian dan kematian tertinggi iaitu 1,370 kes dan 27 lagi meninggal dunia.

Dua kematian masing-masing direkodkan di Chachoengsao, Nakhon Pathom dan Pathumthani manakala satu kematian di Phetchaburi, Chon Buri, Nakhon Ratchasima, Nonthaburi, Prachin Buri, Pattani, Yala, Udon Thani dan Uthai Thani.

Bagi kes harian pula, selain Bangkok, turut mencatatkan kes adalah Samut Sakhon  289, Samut Prakan 231 dan Nonthaburim 195.

Kes import pula melibatkan 31 dari Kemboja manakala yang lain setiap seorang dari Uganda, Kenya, Malaysia dan Myanmar.

Sebanyak 2,253 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 198,928 orang dan jumlah pesakit yang sedang mendapatkan rawatan adalah 43,607 orang.

Sementara itu jumlah terkumpul vaksinasi setakat ini adalah 9,005,141.

Related posts

Leave a Comment