Singapura catat 13,623 kes baharu

SINGAPURA 21 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 13,623 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat 12 tengah hari inj yang terdiri daripada 13,476 jangkitan tempatan dan 147 kes import.

Sebanyak tujuh lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 952 kematian dan 596,261 kes.

Menurut MoH, jumlah kes baharu Protokol 2 adalah 11,567., terdiri daripada 48 kes import dan 11,519 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 2,056 kes disahkan menerusi ujian PCR, 1,957 adalah jangkitan tempatan manakala 99 adalah kes import.

Jumlah pesakit yang masih dirawat di hospital, adalah 1,606, naik berbanding 1,523 semalam di mana 198 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 44 dipantau rapi di ICU sementara 18,698 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment