513,393 kanak-kanak terima vaksin

PUTRAJAYA 21 Feb. – Sebanyak 58,894 lagi kanak-kanak tampil mendapatkan vaksin Covid-19 semalam melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 513,393 individu atau 14.5 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia menerima dos pertama vaksin itu.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 66,459 lagi individu menerima dos penggalak Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 13,992,391 atau 59.5 peratus populasi dewasa menerima dos itu.

Bagi populasi dewasa juga, seramai 22,944,158 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,221,715 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,798,806 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi manakala 2,884,882 atau 92.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi keseluruhan pula sebanyak 25,742,964 atau 78.8 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 81.5 peratus atau 26,619,990 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam, sebanyak 128,153 dos suntikan vaksin telah diberikan melibatkan 61,230 suntikan dos pertama, 464 suntikan dos lengkap dan 66,459 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi PICK kini meningkat kepada 66,148,498.

Related posts

Leave a Comment