Thailand catat 18,883 kes baharu

BANGKOK 21 Feb. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan apabila 18,883 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 18,953 yang dilaporkan semalam dengan 32 kematian berbanding 30 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 2,731,198 dan 22,656 orang meninggal dunia manakala kes sembuh pula meningkat kepada 2,542,145 apabila 14,914 lagi dilaporkan pulih.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) daripada 32 orang berusia antara 28 dan 92 tahun itu, 19 daripada mereka belum divaksin, lapan mendapat dua dos lebih empat bulan lalu, dan lima mendapat dua dos dalam tempoh empat bulan.

Bangkok merekodkan enam kematian di samping Nakhon Pathom (2), Suphan Buri (2), Chon Buri (1) dan Ratchaburi (1), di wilayah Timur Laut (9), wilayah Selatan (7) dan wilayah Utara (4).

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 18,704 adalah kes dalam kalangan orang awam, 17 dalam kalangan penghuni penjara dan 162 kes import.

Bangkok terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,753, Nakhon Si Thammarat 960, Samut Prakan 926, Chon Buri 884, Nonthaburi 852, Phuket 628, Nakhon Ratchasima 563, Nakhon Ratchasima 563, Rayong 475, Nakhon Pathom 429 dan 421 masing-masing di Buri Ram dan Pathum Thani.

Related posts

Leave a Comment