Menggalak ambil dos penggalak

BAGI menggalakkan penduduk Brunei Darussalam mendapatkan suntikan penggalak (booster) vaksin Covid-19, pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh pihak swasta termasuk syarikat telekomunikasi.

Menurut laporan Pelita Brunei, Imagine Sendirian Berhad menawarkan lebih 100 hadiah untuk dimenangi bagi orang ramai yang mengambil suntikan penggalak di antara 15 hingga 28 Februari.

Hadiah utama, telefon pintar Samsung Galaxy S22 dan langganan percuma bagi ‘mobile booster’, ‘broadband booster’, ‘prepaid starter pack’ dan potongan bil.

 Progresif Cellular Sendirian Berhad dengan kerjasama Kementerian Kesihatan pula, menawarkan hadiah telefon pintar Vivo Y76 5G, dengan langganan talian MORE6 selama enam bulan secara percuma.

 Tawaran tersebut dibukakan kepada mereka yang mengambil suntikan penggalak hingga 31 Mac 2022, di Pusat-pusat Vaksinasi, di keempat-empat daerah.

 Selain itu, syarikat tersebut juga akan memberikan 10 ‘One plan lines’ prabayar bernilai BND10 setiap satu bersama barangan (merchandise) Progresif.

 Datastream Digital Sendirian Berhad (DST) pula bersama McDonald’s, menawarkan Happy Meal secara percuma bagi mereka yang mengambil suntikan penggalak di antara 19 hingga 22 Februari.

 Antara terma dan syarat untuk mendapatkan Booster Treat tersebut, termasuk menebus (redeem), di cawangan-cawangan juga kaunter hadapan McDonald’s dan tidak termasuk McDonald’s Drive Thru, McDelivery juga GoMamam.

 Tawaran tersebut adalah sementara stok masih ada, dengan dikenakan terma-terma dan syarat-syarat yang lain.

 

Related posts

Leave a Comment