2,819 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 20 Feb. – Sebanyak lapan kes Covid-19 berada dalam Kategori 4, iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi, kata Menteri Kesihatan Dr Isham Jaafar hari ini.

Tiga daripada kes itu sebelum ini berada dalm kategori 5 dan ini bermakna tiada kes dilaporkan dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan  bantuan mesin pernafasan dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif.

Menurut Dr Isham terdapat 2,819 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 37,798.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,111 adalah hasil Ujian Pantas Antigen (ART) yang dimuatnaik ke portal Kementerian Kesihatan manakala 708 daripada 2,823 ujian makmal melalui RT-PCR.

Katanya, sebanyak 1,179 kes disahkan sembuh hari ini yang membawa jumlah kes sembuh meningkat kepada 20,583 dengan jumlah kes aktif 17,104.

Manakala kadar penggunaan katil di kesemua Pusat Pengasingan atau ‘bed occupancy rate’ pada masa ini ialah sebanyak 9.0 peratus.

“Sebanyak 16,890 kes positif sedang  menjalani pengasingan diri di rumah,” katanya.

Sehingga 20 Februari 2022, pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan bagi mereka yang menerima tiga dos vaksin ialah 51.3 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini.

 Manakala kadar yang menerima satu dos dan dua dos vaksinasi adalah masing-masing 94.9 peratus dan 94.2 peratus.

Related posts

Leave a Comment