1,427 kes baharu Filipina

MANILA 21 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 1,427 kes baharu Covid-19, berkurangan berbanding 1,712 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,653,526 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 55,763 orang berikutan 79 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Kes pesakit sembuh turut menunjukkan peningkatan apabila 3,269 lagi dilaporkan pulih menjadikan jumlah keseluruhan 3,539,106 orang atau 96.9 peratus daripada keseluruhan kes.

DoH juga memaklumkan, daripada 1,427 kes yang dilaporkan hari ini, 1,389 (97%) berlaku dalam tempoh 14 hari terakhir (8 Februari – 21 Februari 2022).

Dalam kalangan 79 kematian, 66 berlaku pada Februari 2022 (84%), 8 pada Januari 2022 (10%), 4 pada Oktober 2021 (5%), dan 1 pada September 2021 (1%).

Related posts

Leave a Comment