Warga emas cetus kluster

KOTA KINABALU 5 Feb. – Seorang warga emas berusia 66 tahun yang menghadiri majlis perkahwinan di dua buah kampung dalam Daerah Beaufort didapati mencetuskan satu kluster komuniti iaitu Kluster Kampung Weston. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata kes indeks hadir ke majlis perkahwinan di Kampung Lubok dan Kampung Menengah Weston pada 29 dan 30 Januari lepas. Kluster jenis komuniti yang melibatkan Daerah Beaufort dan Penampang dikesan selepas kes indeks bergejala demam, batuk dan sakit badan sejak 30 Januari sebelum disahkan positif Covid-19 pada 3 Februari melalui saringan…

Read More

Indonesia tambah kes baharu

JAKARTA 5 Feb. – Dalam tempoh 24 jam, Indonesia melaporkan 33,729 kes baharu Covid-19, meningkat lagi berbanding 32,211 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,480,423 kes. Dalam tempoh yang sama, 12 tengah hari Jumaat hingga 12 tengah hari Sabtu, 44 lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kematian meningkat kepada 144,497 orang. Penambahan kes dilaporkan di 34 wilayah dengan tertinggi direkodkan di Jakarta sebanyak 12,274 diikuti Jawa Barat dengan 8,053, Banten 4,992, Jawa Timur 2.154 dan Bali 2.038 kes. Kes pesakit sembuh pula bertambah 10,471 orang menjadikan jumlah keseluruhan…

Read More

10,390 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 5 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 10,390 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 390,071 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, 10,208 adalah jangkitan tempatan dan 182 lagi kes import manakala dua kematian dilaporkan yang membawa kepada 868 orang meninggal dunia. Kes harian itu kurang berbanding 13,208 kes baharu di Singapura setakat 12 tengah hari semalam yang terdiri daripada 13,046 jangkitan tempatan dan 162 kes import. Menurut DoH, jumlah kes baharu Protokol 2 adalah 7,505, terdiri daripada 31 kes import dan…

Read More

3,013 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 5 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan sedikit penurunan apabila merekodkan 3,013 kes baharu dalam tempoh 24 jam berbanding 3,555 yang direkodkan semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MoH) tiga lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19, sama seperti semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini meningkat kepada 705,637 dengan jumlah kematian pula 8,953 orang. Menurut MoH, sebanyak 4,824 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 662,819 kes pulih. Daripada jumlah kes aktif yang direkodkan, sebanyak 1,056 dalam keadaan…

Read More

Lonjakan kes di Malaysia

PUTRAJAYA 5 Feb. – Jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 terus melonjak kepada 9,117 setakat jam 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,904,131 orang. Kali terakhir Malaysia mencatatkan kes harian melebihi 9,000 adalah pada 8 Oktober tahun lalu dengan 9,751 kes dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, semua negeri mencatatkan pertambahan kes dengan Selangor menjadi negeri tertinggi melaporkan kes baharu dengan 2,490 kes. Ia diikuti Sabah sebanyak 1,205 kes, Johor (901), Kedah (847), Kelantan (673), Kuala Lumpur (584), Pulau Pinang (522), Pahang (470), Negeri…

Read More

Sabah lepasi angka 1,000

KOTA KINABALU 5 Feb. – Kes harian Covid-19 di Sabah melepasi angka 1,000 selepas kira-kira empat bulan mencatat tiga angka dengan 1,205 jangkitan baharu direkodkan, hari ini berbanding 909 kes yang direkodkan semalam. Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Masidi Manjun, berkata peningkatan mendadak itu tiga kali ganda dalam tempoh tiga hari, daripada 476 kes kelmarin, antara lain disebabkan peningkatan kes sporadik hampir di semua daerah dan dijangka terus meningkat dalam masa terdekat. Katanya, peratusan kes baharu yang berpunca daripada jangkitan sporadik adalah tinggi dengan sebanyak 527 kes atau 43.7 peratus daripada…

Read More

Kes harian Brunei naik mendadak

BANDAR SERI BEGAWAN 5 Feb. – Kes jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam menunjukkan peningkatan mendadak har ini apabila merekodkan 373 kes baharu berbanding 140 yang direkodkan semalam. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, 368 adalah kes tempatan manakala lima adalah kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes Covid-19 setakat ini 17,404 orang. Katanya, dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes dalam kategori 4, dan kategori 5. Beliau juga memberitahu, sebanyak 28 kes disahkan sembuh pada hari ini, yang membawa…

Read More

10,490 kes baharu di Thailand

BANGKOK 5 Feb. – Thailand merekodkan 10,490 kes baharu Covid-19 dan 21 kematian dalam tempoh 24 jam yang menunjukkan peningkatan berbanding semalam iaitu 9,909 kes manakala kes kematian kurang  satu berbanding semalam. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes kematian melibatkan 13 lelaki dan lapan wanita berusia antara 27 dan 102 tahun. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 2,486,122 orang manakala jumlah keseluruhan kematian pula kini 22,271 orang. Bangkok merekodkan 10 kematian, dua lagi di Nakhon Pathom dan Samut Prakan, setiap satu di Kanchanaburi, Ayutthaya,…

Read More

Kes jangkitan di Filipina kini 3.6 juta

MANILA 5 Feb. – Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di Filipina kini mencecah 3,601,471 orang apabila 7,689 lagi kes baharu dilaporkan sehingga pukul 4 petang ini. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 22,539 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,410,821 orang atau 94.7 peratus daripada keseluruhan kes. Bagaimanapun jumlah kematian yang dilaporkan hari ini hanya seorang, iaitu kes pada Mei 2021 dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 54,214 orang disahkan meninggal dunia. Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, sebanyak 3.8 peratus atau 136,436 adalah kes aktif.

Read More

Kadar kebolehjangkitan naik 1.13

PUTRAJAYA 5 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik semula kepada 1.13 berbanding 1.11 pada hari sebelumnya. Perlis terus kekal mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.33 berbanding 1.25 pada hari sebelumnya diikuti Sabah 1.29, Kedah 1.19, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Johor masing-masing 1.17, Selangor 1.16, dan Pulau Pinang 1.13. Negeri yang mencatatkan nilai di bawah 1.13 adalah Melaka 1.12, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.09, Terengganu 1.09, Pahang 1.08, Perak 1.08, Sarawak 1.07, Negeri Sembilan 1.06, dan Kelantan 1.03. Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 12 kes.…

Read More