10,490 kes baharu di Thailand

BANGKOK 5 Feb. – Thailand merekodkan 10,490 kes baharu Covid-19 dan 21 kematian dalam tempoh 24 jam yang menunjukkan peningkatan berbanding semalam iaitu 9,909 kes manakala kes kematian kurang  satu berbanding semalam.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes kematian melibatkan 13 lelaki dan lapan wanita berusia antara 27 dan 102 tahun.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 2,486,122 orang manakala jumlah keseluruhan kematian pula kini 22,271 orang.

Bangkok merekodkan 10 kematian, dua lagi di Nakhon Pathom dan Samut Prakan, setiap satu di Kanchanaburi, Ayutthaya, Rayong dan Sa Kaeo; Wilayah Timur Laut empat kes iaitu di Khon Kaen, Maha Sarakham, Sakon Nakhon dan Ubon Ratchathani; wikayah Selatan satu kes di Krabi.

Terdapat 10,185 kes baharu dalam kalangan penduduk awam, 88 dalam kalangan banduan dan 217 kes import. Daripada 10,185 kes awam, sebanyak 10,152 kes disahkan di hospitals dan 33 melalui ujian pengesanan.

Bangkok terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,495, diikuti Samut Prakan 986,

Chon Buri 548, Nonthaburi 452, Phuket 407, Khon Kaen 261, Ratchaburi 238, Pathum Thani 222, Nakhon Ratchasima 299 dan Nakhon Si Thammarat 206.

Kes import pula melibatkan 101 dari Rusia, Ukraine 12, Jerman 9, Perancis 8, Turki 7, Kazakhstan 7, dan masing-masing lima kes dari Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Semalam sebanyak 88,463 orang menerima rawatan di hospital termasuk 535 yang kritikal dan 101 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 8,479 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,375,388 orang.

Related posts

Leave a Comment