Kes jangkitan di Filipina kini 3.6 juta

MANILA 5 Feb. – Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di Filipina kini mencecah 3,601,471 orang apabila 7,689 lagi kes baharu dilaporkan sehingga pukul 4 petang ini.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 22,539 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,410,821 orang atau 94.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Bagaimanapun jumlah kematian yang dilaporkan hari ini hanya seorang, iaitu kes pada Mei 2021 dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 54,214 orang disahkan meninggal dunia.

Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, sebanyak 3.8 peratus atau 136,436 adalah kes aktif.

Related posts

Leave a Comment