Kadar kebolehjangkitan naik 1.13

PUTRAJAYA 5 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik semula kepada 1.13 berbanding 1.11 pada hari sebelumnya.

Perlis terus kekal mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.33 berbanding 1.25 pada hari sebelumnya diikuti Sabah 1.29, Kedah 1.19, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Johor masing-masing 1.17, Selangor 1.16, dan Pulau Pinang 1.13.

Negeri yang mencatatkan nilai di bawah 1.13 adalah Melaka 1.12, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.09, Terengganu 1.09, Pahang 1.08, Perak 1.08, Sarawak 1.07, Negeri Sembilan 1.06, dan Kelantan 1.03.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 12 kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment