Kes harian Brunei naik mendadak

BANDAR SERI BEGAWAN 5 Feb. – Kes jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam menunjukkan peningkatan mendadak har ini apabila merekodkan 373 kes baharu berbanding 140 yang direkodkan semalam.

Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, 368 adalah kes tempatan manakala lima adalah kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes Covid-19 setakat ini 17,404 orang.

Katanya, dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes dalam kategori 4, dan kategori 5.

Beliau juga memberitahu, sebanyak 28 kes disahkan sembuh pada hari ini, yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 16,106 kes, manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 1,196.

Kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan, di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ ialah sebanyak 18.6 peratus.

Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, setakat 4 Februari 2022 kadar keseluruhan penduduk yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin adalah 94.8 peratus, dua dos 94 peratus dan 41.6 peratus bagi tiga dos.

Related posts

Leave a Comment