3,013 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 5 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan sedikit penurunan apabila merekodkan 3,013 kes baharu dalam tempoh 24 jam berbanding 3,555 yang direkodkan semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MoH) tiga lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19, sama seperti semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini meningkat kepada 705,637 dengan jumlah kematian pula 8,953 orang.

Menurut MoH, sebanyak 4,824 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 662,819 kes pulih.

Daripada jumlah kes aktif yang direkodkan, sebanyak 1,056 dalam keadaan kritikal

Related posts

Leave a Comment