Warga emas cetus kluster

KOTA KINABALU 5 Feb. – Seorang warga emas berusia 66 tahun yang menghadiri majlis perkahwinan di dua buah kampung dalam Daerah Beaufort didapati mencetuskan satu kluster komuniti iaitu Kluster Kampung Weston.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata kes indeks hadir ke majlis perkahwinan di Kampung Lubok dan Kampung Menengah Weston pada 29 dan 30 Januari lepas.

Kluster jenis komuniti yang melibatkan Daerah Beaufort dan Penampang dikesan selepas kes indeks bergejala demam, batuk dan sakit badan sejak 30 Januari sebelum disahkan positif Covid-19 pada 3 Februari melalui saringan bergejala di Klinik Kesihatan Penampang.

Dalam satu kenyataan di sini malam ini, Masidi berkata saringan terhadap 37 kontak rapat mendapati tiga kes kontak serumah dikesan positif menjadikan kumulatif bagi kluster ini adalah 27 kes termasuk 22 kes baharu yang dilaporkan hari ini.

Related posts

Leave a Comment