Thailand catat 1,773 kes baharu

BANGKOK 14 Ogos – Thailand merekodkan 1,773 kes baharu Covid-19 yang dimasukkan ke hospital semalam (Sabtu) menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,620,425.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, daripada jumlah itu, sebanyak 1,771 kes adalah dalam kalangan penduduk awam manakala dua melibatkan penjara.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 30 lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding 35 yang dilaporkan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan 31,828 kematian.

Sebanyak 20,958 orang pesakit mendapatkan rawatan di hospital manakala 2,576 orang pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,567,639 orang pulih.

Related posts

Leave a Comment