Lonjakan kes baharu Indonesia

JAKARTA 26 Jan. – Indonesia merekodkan lonjakan kes harian baharu Covid-19 hari ini apabila merekodkan 7,010 kes baharu dalam tempoh 24 jam, berbanding 4,878 kes yang direkodkan semalam. Bagaimanapun jumlah pesakit yang meninggal dunia berkurangan apabila tujuh kematian baharu direkodkan berbanding semalam yang mencatatkan 20 kematian. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes di Indonesia kini meningkat kepada 4,301,193 dengan kematian pula sebanyak 144,254 orang. Sementara itu, Jakarta merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 3,509, disusuli Jawa Barat dengan 1,619, dan Banten 1,133 kes. Bagi kes sembuh pula, sebanyak 2,582 lagi pesakit…

Read More

107 kluster kategori pendidikan

PUTRAJAYA 26 Jan. – Sebanyak 107 kluster Covid-19 dalam kategori pendidikan direkodkan mulai 1 Januari sehingga 25 Januari lepas, melibatkan 4,633 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata peningkatan ketara itu dicatatkan selepas pembukaan sesi persekolahan pada 2022 berbanding sesi persekolahan pada 2021. Katanya, daripada 107 kluster pendidikan, institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) menyumbang bilangan paling tinggi iaitu 56 kluster (52.3 peratus) diikuti pendidikan lain (24.3 peratus), pendidikan tinggi (20.6 peratus), dan institusi pendidikan swasta berdaftar KPM (2.8 peratus) Pada Minggu Epidemiologi (ME) pertama tahun 2022, hanya…

Read More

Umrah dibenarkan semula 8 Februari

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Bakal jemaah serta agensi umrah sudah pasti menarik nafas lega apabila Kabinet hari ini membuat keputusan membenarkan umat Islam kembali mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Februari ini. Keputusan itu dibuat setelah kerajaan tidak berhasrat melanjutkan penangguhan sementara ibadah umrah yang berkuat kuasa 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Nancy Shukri bagaimanapun berkata, garis panduan prosedur operasi standard (SOP) baharu akan dibincangkan secara terperinci termasuk bersama agensi umrah. “Baru tadi kami buat keputusan seperti mana dinyatakan dahulu yang penangguhan…

Read More

Riyadh mendahului kes di Saudi

RIYADH 26 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 di Arab Saudi turun sedikit dengan merekodkan 4,526 kes berbanding semalam 4,541 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 666,259 kes. Bagaimanapun jumlah kematian yang direkodkan hari ini adalah tiga orang berbanding dua semalam menjadikan jumlah keseluruhan 8,927 kematian. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi berbanding bandar lain iaitu 1,489 kes diikuti Jeddah 472, Hofuf 198, Makkah 194, Madinah 139, Dammam 137, dan Jazan 119. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 5,772 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada…

Read More

Gelombang varian Omicron bermula

PUTRAJAYA 26 Jan. – Gelombang penularan varian Omicron sudah bermula di negara ini dan dijangka menyebabkan jumlah kes Covid-19 akan meningkat, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Katanya, ketika ini gelombang jangkitan virus itu terkawal kerana kadar vaksinasi di negara ini adalah tinggi. Beliau meminta kerjasama masyarakat untuk bersama-sama menyertai usaha Kementerian Kesihatan mengatasi gelombang penularan terbabit dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahannya seperti memakai pelitup muka dan menjalani ujian saringan. “Sistem kesihatan sudah bersiap siaga. Kes serius semakin kurang. Sama-sama kita mengatasi gelombang ini. Mask (pelitup muka). #TRIIS (uji, lapor,…

Read More

4,744 kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 26 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 4,744 kes positif baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, meningkat berbanding 4,066 semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 2,844,969. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah berkenaan, 4,315 kes adalah penularan tempatan dengan 4,112 warganegara (95.3 peratus) dan 203 bukan warganegara (4.7 peratus). Katanya, daripada 429 kes import, seramai 289 pesakit adalah rakyat tempatan dan 140 pesakit lagi terdiri daripada warga asing. Daripada 4,744 kes harian yang dilaporkan hari ini sebanyak 30 kes (0.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan…

Read More

27 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 26 Jan. – Sebanyak 27 kes baharu jangkitan Covid-19 disahkan di Brunei Darussalam, hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 16,206 orang, kata Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar. Daripada jumlah itu, sebanyak 24 adalah kes tempatan, manakala tiga lagi  adalah kes import. “Jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 2,211  jumlah ujian makmal, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 1.2 peratus,” katanya. Menurut Dr. Md Isham, dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tiada…

Read More

Thailand lapor 7,587 kes baharu

BANGKOK 26 Jan. – Sebanyak 7,587 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam, meningkat sedikit berbanding 6,718 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,398,944. Dalam tempoh yang sama, 19 lagi disahkan meninggal dunia, juga meningkat berbanding 12 kes semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 22,076 kematian. Kementerian Kesihatan Awam melaporkan mereka yang meninggal dunia berumur antara lapan bulan dan 94 tahun. Bangkok merekodkan lima kematian serta di wilayah lain termasuk Timur Laut (4), Selatan (3) dan di Utara (4). Terdapat 7,325 kes baharu dalam kalangan penduduk awam, 106 penghuni penjara…

Read More

15,789 kes baharu di Filipina

MANILA 26 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 15,789 kes baharu Covid-19 hari ini berkurangan berbanding 17,677 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 3,475,293. Setakat pukul 4 petang ini juga, sebanyak 66 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 53,664 kematian. Dalam tempoh yang sama, jumlah pesakit sembuh dilaporkan meningkat kepada 3,191,219 orang berikutan 32,712 lagi pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital. Sementara itu kes aktif dilaporkan berkurangan iaitu dari 247,451 semalam kepada 230,410 hari ini.

Read More

Tedros dijangka terajui WHO penggal kedua

DR. TEDROS Adhanom Ghebreyesus dijangka meneraju Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk penggal kedua selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan Ketua Pengarah badan kesihatan sedunia itu pada pemilihan Mei ini. Tedros, yang juga pemimpin dari Afrika pertama menjawat jawatan itu, berterima kasih atas sokongan orang ramai selepas Lembaga Eksekutif WHO mengadakan undian rahsia yang meluluskan pencalonannya itu pada Selasa, semalam. Saya kehilangan kata-kata,” katanya yang kelihatan terharu selepas hampir semua 34 ahli lembaga yang mewakili seluruh dunia menyokong beliau. Bekas Menteri Kesihatan dan Hal Ehwal Luar Habsyah itu dijangka dipilih semula…

Read More