15,789 kes baharu di Filipina

MANILA 26 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 15,789 kes baharu Covid-19 hari ini berkurangan berbanding 17,677 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 3,475,293.

Setakat pukul 4 petang ini juga, sebanyak 66 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 53,664 kematian.

Dalam tempoh yang sama, jumlah pesakit sembuh dilaporkan meningkat kepada 3,191,219 orang berikutan 32,712 lagi pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital.

Sementara itu kes aktif dilaporkan berkurangan iaitu dari 247,451 semalam kepada 230,410 hari ini.

Related posts

Leave a Comment