Lonjakan kes baharu Indonesia

JAKARTA 26 Jan. – Indonesia merekodkan lonjakan kes harian baharu Covid-19 hari ini apabila merekodkan 7,010 kes baharu dalam tempoh 24 jam, berbanding 4,878 kes yang direkodkan semalam.

Bagaimanapun jumlah pesakit yang meninggal dunia berkurangan apabila tujuh kematian baharu direkodkan berbanding semalam yang mencatatkan 20 kematian.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes di Indonesia kini meningkat kepada 4,301,193 dengan kematian pula sebanyak 144,254 orang.

Sementara itu, Jakarta merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 3,509, disusuli Jawa Barat dengan 1,619, dan Banten 1,133 kes.

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 2,582 lagi pesakit pulih yang membawa kepada jumlah 4,127,662 orang.

Related posts

Leave a Comment