27 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 26 Jan. – Sebanyak 27 kes baharu jangkitan Covid-19 disahkan di Brunei Darussalam, hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 16,206 orang, kata Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar.

Daripada jumlah itu, sebanyak 24 adalah kes tempatan, manakala tiga lagi  adalah kes import.

“Jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 2,211  jumlah ujian makmal, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 1.2 peratus,” katanya.

Menurut Dr. Md Isham, dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tiada sebarang kes dalam Kategori 4, dan Kategori 5.

Sementara itu, sebanyak 43 kes sembuh dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah kes sembuh di Negara Brunei Darussalam sebanyak 15,743 manakala kes aktif pula 361.

Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, setakat 25 Januari 2022 kadar keseluruhan penduduk yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin adalah 94.8 peratus, dua dos vaksin ialah 93.9 peratus dan sebanyak 38.2 peratus pula bagi yang menerima tiga dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment