Riyadh mendahului kes di Saudi

RIYADH 26 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 di Arab Saudi turun sedikit dengan merekodkan 4,526 kes berbanding semalam 4,541 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 666,259 kes.

Bagaimanapun jumlah kematian yang direkodkan hari ini adalah tiga orang berbanding dua semalam menjadikan jumlah keseluruhan 8,927 kematian.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi berbanding bandar lain iaitu 1,489 kes diikuti Jeddah 472, Hofuf 198, Makkah 194, Madinah 139, Dammam 137, dan Jazan 119.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 5,772 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 617,114 orang.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 789 pesakit dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, hampir 56 juta dos vaksin telah didaftar atau disuntik di negara itu setakat ini.

Related posts

Leave a Comment