Thailand lapor 7,587 kes baharu

BANGKOK 26 Jan. – Sebanyak 7,587 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam, meningkat sedikit berbanding 6,718 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,398,944.

Dalam tempoh yang sama, 19 lagi disahkan meninggal dunia, juga meningkat berbanding 12 kes semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 22,076 kematian.

Kementerian Kesihatan Awam melaporkan mereka yang meninggal dunia berumur antara lapan bulan dan 94 tahun.

Bangkok merekodkan lima kematian serta di wilayah lain termasuk Timur Laut (4), Selatan (3) dan di Utara (4).

Terdapat 7,325 kes baharu dalam kalangan penduduk awam, 106 penghuni penjara dan 156 kes import.

Bangkok masih mendahului dengan mencatatkan 1,683 kes diikuti Samut Prakan 644, Phuket 343, Chon Buri 335, Nonthaburi 324, Khon Kaen 225, Pathum Thani 213, Chachoengsao 159, Ratchaburi 137 dan Samut Sakhon 132.

Sementara itu kes import pula termasuk 39 dari Rusia, masing-masing 11 dari India dan Uzbekistan, lapan dari Kazakhstan, tujuh dari United Kingdom dan enam masing-masing dari Israel, Perancis dan Amerika Syarikat.

Sebanyak 7,801 dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 2,295,569 pulih.

Related posts

Leave a Comment