549 lagi kes Omicron di Singapura

SINGAPURA 13 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 960 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini termasuk 479 kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 289,085. Sebanyak 549 kes baharu varian Omicron dilaporkan di mana 366 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 183 lagi kes import. Jumlah kes harian itu menunjukkan peningkatan berbanding dengan 882 yang direkodkan semalam di mana 481 adalah kes baharu dalam masyarakat. Tiada kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia setakat ini kekal 839 orang. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.43, merosot berbanding…

Read More

8,167 kes baharu di Thailand

BANGKOK 13 Jan. – Sebanyak 14 kematian akibat Covid-19 direkodkan dan 8,167 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam berbanding kes semalam yang merekodkan 19 kematian dan 7,681 kes. Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 32 ke 87 tahun dengan Bangkok merekodkan satu kematian baharu dan yang lain termasuk satu kes di Chanthaburi (1), Chon Buri (1) dan  Ayutthaya (1). Dengan perkembangan ini, jumlah kematian adalah 21,883 manakala 21,883 melibatkan kematian. Di Timur Laut, empat kematian direkodkan iaitu Nakhon Ratchasima (3) dan Ubon Ratchathani (1):  di Selatan empat kematian…

Read More

Arab Saudi atasi rekod tertinggi

RIYADH 13 Jan. – Masih melebihi 5,000 kes Covid-19, Arab Saudi hari ini mencatatkan 5,499 kes baharu sekali gus mengatasi rekod harian tertinggi yang dicatatkan semalam sebanyak 5,362. Hari ini hari kedua Arab Saudi melepasi angka 5,000 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 599,044 kes. Daripada kes harian itu, Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,565 kes diikuti Jeddah 877, Makkah 474, Madinah 239, Dammam 198, Taif 137, Qatif 110, Al-Khobar 103, Hofuf 102, dan Khulais 100. Beberapa bandar lain merekodkan kurang daripada 100 kes. Jumlah kematian bagaimanapun masih bertahan…

Read More

Pil Paxlovid rawat pesakit Korea Selatan

KOREA SELATAN 13 Jan. – Korea Selatan akan merawat pesakit-pesakit koronavirus dengan pil antivirus Pfizer esok. Sekurang-kurangnya 21,000 pil Paxlovid tiba hari ini untuk diedarkan kepada kira-kira 280 farmasi dan 90 pusat rawatan kejiranan. Menurut Agensi Korea bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (KDCA), ubat-ubatan juga harus memainkan peranan yang penting dalam mengawal jumlah pesakit yang akan mendapat simptom-simptom yang kritikal walaupun variannya kurang serius. Ubat-ubatan itu akan digunakan untuk merawat lebih 1,000 orang sehari, dan para pesakit berisiko tinggi yang menghidap penyakit teruk, mereka yang berusia 65 tahun dan ke…

Read More

Jumlah kes baharu di Filipina 34,021

MANILA 13 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina terus mencatatkan peningkatan apabila 34,021 kes baharu direkodkan berbanding 32,246 yang dilaporkan semalam. Jumlah kematian harian bagaimanapun berkurangan dengan 82 kematian berbanding 144 yang direkodkan semalam. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina, setakat pukul 4 petang ini jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 meningkat kepada 3,092,409 dengan jumlah kematian pula 52,736 orang. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 4,694 kes sembuh dilaporkan dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih 2,802,286 orang. Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, sebanyak 7.7…

Read More

India catat 247,417 kes baharu

NEW DELHI 13 Jan. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di India meningkat kepada 36,317,927 pada Khamis, dengan pertambahan 247,417 kes baharu hanya dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data terkini Kementerian Kesihatan negara itu Lebih 200,000 kes baharu direkodkan dalam tempoh sehari sejak lebih lapan bulan lalu manakala 380 kematian dicatat sejak pagi Rabu menjadikan jumlah korban terkini mencecah 485,035. Terdapat 1,117,531 kes aktif Covid-19 di negara ini, dengan peningkatan sebanyak 162,212 kes aktif sejak 24 jam lepas. India merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 16 hari berturut-turut dengan jumlah kes…

Read More

Peningkatan kes di Malaysia

PUTRAJAYA 13 Jan. – Sebanyak 3,684 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di Malaysia setakat tengah hari ini, menunjukkan peningkatan berbanding 3,198 semalam dan 3,175 pada hari sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam perkongsian di media sosial berkata, kes hari ini menyumbang kepada sejumlah 2,798,917 kes positif setakat ini. Katanya,  sebanyak 3,363 daripadanya adalah penularan tempatan membabitkan 3,274 atau 97.4 peratus warganegara dan 89 atau 2.6 peratus bukan warganegara, manakala 321 kes import daripada 233 rakyat Malaysia dan 88 warga asing. Daripada 3,684 kes harian dilaporkan hari ini;…

Read More

Omicron: Jangan kibar bendera putih

GENEVA: Jangan menyerah kalah atau mengibar bendera putih kepada varian Omicron kerana ia bukannya penamat pandemik, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus. Katanya, walaupun Omicron menyebabkan penyakit yang kurang teruk berbanding Delta, ia kekal sebagai virus berbahaya terutama bagi mereka yang tidak divaksin. “Kita tidak boleh membenarkan virus ini terus merebak atau kita mengibarkan bendera putih terutama apabila begitu ramai orang di seluruh dunia masih belum divaksinasi. “Majoriti besar orang yang dimasukkan ke hospital tidak menerima vaksin,” katanya pada taklimat media. Menurut WHO, lonjakan kes jangkitan…

Read More

Sedia hadapi ancaman serentak

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa masyarakat bersiap sedia menghadapi ancaman serentak wabak Covid-19 dan penyakit pernafasan lain menjelang musim bunga nanti. Ketua Teknikal Program Kecemasan Kesihatan WHO, Dr. Maria van Kerkhove berkata, keadaan itu berlaku apabila pergaulan antara masyarakat meningkat, serta patogen sistem pernafasan lain seperti influenza merebak ketika musim bunga. Beliau memberi amaran itu pada satu taklimat media semalam (12 Januari) berhubung situasi semasa Covid-19. Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pula menegaskan peningkatan kes didorong oleh varian Omicron yang pantas menggantikan Delta di hampir semua negara. Lebih…

Read More

Turki catat kes harian tertinggi

ISTANBUL: Turki melaporkan 77,722 kes baharu Covid-19 sepanjang tempoh 24 jam  lalu, jumlah tertinggi dalam sehari sejak pandemik itu mula melanda negara tersebut. Sebanyak 145 kematian berhubung kait dengan koronavirus itu dilaporkan dalam tempoh yang sama. Untuk rekod, pada awal April 2021, Turki pernah merekodkan 40,806 kes harian, angka tertinggi sejak pandemik. Menteri Kesihatan,  Fahrettin Koca bagaimanapun berkata, varian Omicron akan mengurangkan kemudaratan pandemik disebabkan oleh kadar kemasukan ke hospital yang lebih rendah. Kadar kemasukan ke hospital meningkat 10 peratus pada bulan lalu meskipun jumlah kes harian melonjak tiga kali…

Read More