Pil Paxlovid rawat pesakit Korea Selatan

KOREA SELATAN 13 Jan. – Korea Selatan akan merawat pesakit-pesakit koronavirus dengan pil antivirus Pfizer esok.

Sekurang-kurangnya 21,000 pil Paxlovid tiba hari ini untuk diedarkan kepada kira-kira 280 farmasi dan 90 pusat rawatan kejiranan.

Menurut Agensi Korea bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (KDCA), ubat-ubatan juga harus memainkan peranan yang penting dalam mengawal jumlah pesakit yang akan mendapat simptom-simptom yang kritikal walaupun variannya kurang serius.

Ubat-ubatan itu akan digunakan untuk merawat lebih 1,000 orang sehari, dan para pesakit berisiko tinggi yang menghidap penyakit teruk, mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas dan yang mempunyai daya imun yang lemah.

KDCA berkata, sebanyak 10,000 lagi pil tersebut dijangka tiba hujung bulan ini. 

Pil Paxlovid hampir 90 peratus berkesan mencegah rawatan di hospital dan kadar kematian dan data juga menunjukkan bahawa ia mengekalkan keberkesanannya terhadap Omicron.

Korea Selatan sudah memeriksa peralatan-peralatan tambahan farmaseutikal untuk menangani lonjakan kes jangkitan akibat varian Omicron dan meluluskan penggunaan vaksin Novavax pada 11 Januari lalu.

Negara yang mempunyai 52 juta penduduk itu adalah antara yang berjaya menangani koronavirus, dengan 679,030 kes secara keseluruhan dan 6,210 kematian.

Pemerintah akan memutuskan pada 14 Januari sama ada ia akan melanjutkan peraturan jarak sosial selepas  dikuatkuasakan semula pada pertengahan Disember apabila jumlah kes seharian mencecah hampir 8,000. 

Related posts

Leave a Comment