8,167 kes baharu di Thailand

BANGKOK 13 Jan. – Sebanyak 14 kematian akibat Covid-19 direkodkan dan 8,167 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam berbanding kes semalam yang merekodkan 19 kematian dan 7,681 kes.

Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 32 ke 87 tahun dengan Bangkok merekodkan satu kematian baharu dan yang lain termasuk satu kes di Chanthaburi (1), Chon Buri (1) dan  Ayutthaya (1).

Dengan perkembangan ini, jumlah kematian adalah 21,883 manakala 21,883 melibatkan kematian.

Di Timur Laut, empat kematian direkodkan iaitu Nakhon Ratchasima (3) dan Ubon Ratchathani (1):  di Selatan empat kematian iaitu Pattani, Yala, Songkhla dan Satun manakala di utara melibatkan dua kes iaitu Nakhon Sawan dan Uthai Thani

Daripada  8,167 kes baharu, sebanyak 8,101 adalah kes dalam kalangan penduduk awam, 66 melibatkan penghuni penjara dan 239 kes import.

.Chon Buri merekodkan 832 kes diikuti 790 di Bangkok, 625 Samut Prakan, 468 Nonthaburi, 381 Phuket, 337 Khon Kaen, 281 di Ubon Ratchathani, 216 di Nakhon Si Thammarat, 184 di Pathum Thani dan 176 di Chiang Mai.

Sebanyak 239 kes import pula adalah termasuk 41 di Rusia., 27 Amerika Syarikat, 16 United Kingdom dan 15  Sweden.

Related posts

Leave a Comment