Jumlah kes baharu di Filipina 34,021

MANILA 13 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina terus mencatatkan peningkatan apabila 34,021 kes baharu direkodkan berbanding 32,246 yang dilaporkan semalam.

Jumlah kematian harian bagaimanapun berkurangan dengan 82 kematian berbanding 144 yang direkodkan semalam.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina, setakat pukul 4 petang ini jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 meningkat kepada 3,092,409 dengan jumlah kematian pula 52,736 orang.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 4,694 kes sembuh dilaporkan dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih 2,802,286 orang.

Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, sebanyak 7.7 peratus atau 237,387 adalah kes aktif, satu jumlah yang juga meningkat berbanding 208,164 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment