India catat 247,417 kes baharu

NEW DELHI 13 Jan. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di India meningkat kepada 36,317,927 pada Khamis, dengan pertambahan 247,417 kes baharu hanya dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data terkini Kementerian Kesihatan negara itu

Lebih 200,000 kes baharu direkodkan dalam tempoh sehari sejak lebih lapan bulan lalu manakala 380 kematian dicatat sejak pagi Rabu menjadikan jumlah korban terkini mencecah 485,035.

Terdapat 1,117,531 kes aktif Covid-19 di negara ini, dengan peningkatan sebanyak 162,212 kes aktif sejak 24 jam lepas.

India merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 16 hari berturut-turut dengan jumlah kes aktif meningkat setiap hari.

Sementara itu 84,825 pesakit dibenarkan keluar hospital menjadikan 34,715,361 kes telah sembuh

Jumlah kes membabitkan varian Omicron telah mencecah 5,488, dengan negeri Maharashtra merekodkan 1,367 kes, diikuti Rajasthan 792 dan Delhi 549 kes.

Setakat ini, 2,162 pesakit dijangkiti varian Omicron telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Related posts

Leave a Comment