Arab Saudi atasi rekod tertinggi

RIYADH 13 Jan. – Masih melebihi 5,000 kes Covid-19, Arab Saudi hari ini mencatatkan 5,499 kes baharu sekali gus mengatasi rekod harian tertinggi yang dicatatkan semalam sebanyak 5,362.

Hari ini hari kedua Arab Saudi melepasi angka 5,000 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 599,044 kes.

Daripada kes harian itu, Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,565 kes diikuti Jeddah 877, Makkah 474, Madinah 239, Dammam 198, Taif 137, Qatif 110, Al-Khobar 103, Hofuf 102, dan Khulais 100.

Beberapa bandar lain merekodkan kurang daripada 100 kes.

Jumlah kematian bagaimanapun masih bertahan dengan jumlah yang kecil seperti hari-hari sebelumnya dengan dua kematian menjadikan jumlah keseluruhan 8,901 orang meninggal dunia.

Sebanyak 2,978 lagi kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 555,035 orang.

Related posts

Leave a Comment