Turki catat kes harian tertinggi

ISTANBUL: Turki melaporkan 77,722 kes baharu Covid-19 sepanjang tempoh 24 jam  lalu, jumlah tertinggi dalam sehari sejak pandemik itu mula melanda negara tersebut.

Sebanyak 145 kematian berhubung kait dengan koronavirus itu dilaporkan dalam tempoh yang sama.

Untuk rekod, pada awal April 2021, Turki pernah merekodkan 40,806 kes harian, angka tertinggi sejak pandemik.

Menteri Kesihatan,  Fahrettin Koca bagaimanapun berkata, varian Omicron akan mengurangkan kemudaratan pandemik disebabkan oleh kadar kemasukan ke hospital yang lebih rendah.

Kadar kemasukan ke hospital meningkat 10 peratus pada bulan lalu meskipun jumlah kes harian melonjak tiga kali ganda.

“Kita menyaksikan lebih banyak kemasukan ke hospital dengan jumlah kes yang lebih rendah berbanding tempoh pandemik sebelum ini. Ia kelihatan seolah-olah varian Omicron akan mengurangkan bahaya pandemik,” kata beliau.

Angka korban tidak meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini meskipun bilangan kes harian melonjak.

Koca juga mengatakan bahawa individu yang berada berdekatan dengan seseorang yang terjangkit tidak diwajibkan untuk menjalani ujian PCR dan tidak lagi dikehendaki mengasingkan diri.

Beliau menambah bahawa individu yang menunjukkan gejala Covid-19 akan diberikan kit ujian PCR mulai sekarang dan sesiapa saja yang disahkan positif boleh menamatkan tempoh pengasingan diri selepas tujuh hari tanpa perlu mengambil satu lagi ujian.

Related posts

Leave a Comment