Kes Indonesia turun kepada 221

JAKARTA 15 Nov. – Indonesia terus merekodkan penurunan kes positif Covid-19 apabila 221 kes jangkitan baharu dilaporkan berbanding 339 kes semalam yang membawa kepada jumlah kumulatif 4,251,076. Kes sembuh pula menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 706 berbanding 503 kes semalam menjadikan jumlah kesembuhan meningkat kepada 4,098,884. Manakala jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 143,670 selepas 11 lagi kematian dilaporkan berbanding 15 yang direkodkan semalam. Menurut data Kementerian Kesihatan, kes aktif berkurangan sebanyak 496 kes dengan jumlahnya kini 8,522. Lima wilayah merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat 289 orang dan kumulatifnya…

Read More

2,069 kes baharu Singapura

SINGAPURA 15 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,069 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini dengan lagi lapan lagi pesakit meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan Covid-19 Menurut MoH, peningkatan kes berbanding 1,723 semalam melibatkan 1,964 kes dalam masyarakat:, empat kes import, 101 kes baharu di dormitori pekerja asing menjadikan jumlah keseluruhan 239,272. Lapan kematian yang direkodkan melibatkan mereka yang berusia antara 71 – 96 tahun manakala jumlah keseluruhan kematian adalah 594. Kesemua yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada. Sementara itu kadar…

Read More

Singapura perluas skim laluan VTL

SINGAPURA 15 Nov. – Singapura akan melanjutkan skim laluan perjalanan bagi penumpang divaksin (VTL) ke lebih banyak negara termasuk India, Indonesia, Qatar, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu. Menteri Pengangkutan S Iswaran berkata, Singapura berhasrat melancarkan VTL dengan India dan Indonesia mulai 29 November manakala dengan Qatar, Arab Saudi dan UAE mulai 6 Disember. Bercakap pada sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian bagi Covid-19 hari ini,  Iswaran, berkata Singapura dan India sedang berunding tentang pengiktirafan bersama bagi sijil-sijil vaksinasi. Sejak 12 November, India sudah mula mengiktiraf sijil-sijil vaksinasi yang dikeluarkan…

Read More

301,503 terima dua dos vaksin

BERAKAS 15 Nov. – Sebanyak 89.1 peratus atau 383,195 penduduk Brunei Darussalam telah menerima suntikan dos pertama manakala 70.1 peratus atau 301,503 orang menerima dua dos. Setakat pukul 5 petang Ahad lalu, sebanyak 684,698 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada penduduk negara itu. Sementara itu, Brunei Darussalam hari ini merekodkan 54 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 14,269, kata Menteri Kesihatan Dr. Awang Md. Isham Jaafar. Katanya, dalam tempoh 24 jam, sebanyak empat kluster baharu dikesan yang melibatkan 17 kes, dan kesemuanya adalah kluster kediaman termasuk tiga…

Read More

Kes harian Arab Saudi di bawah 50

RIYADH 15 Nov. –  Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus merekodkan angka di bawah 50 dengan 38 kes baharu direkodkan hari ini. Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 30 kes semalam dan sebelumnya sejak 7 November antara 38 dan 49 kes harian. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh yang sama juga, tiga lagi dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 549,260 kes manakala kematian pula 8,816 orang. Sebanyak 55 orang pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 538,329 orang bebas daripada virus itu.…

Read More

Filipina catat 1,547 kes baharu

MANILA 15 Nov. – Filipina hari ini merekodkan 1,547 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,818,511. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kematian pula meningkat kepada 45,709 orang apabila 128 lagi disahkan meninggal dunia. Di samping itu, jumlah pesakit sembuh yang direkodkan hari ini adalah 2,601 orang menjadikan jumlah keseluruhan 2,745,777 pesakit pulih. Kes aktif pula 27,025 turun sedikit berbanding 28,102 yang direkodkan semalam.

Read More

Visa umrah melalui telefon pintar

JEMAAH dari luar Arab Saudi boleh mendapatkan visa umrah melalui aplikasi telefon pintar, “Eatmarna” dan “Tawakkalna”, demikian menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. Menurut Twitter rasmi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, jemaah juga boleh mendapatkan kebenaran menunaikan solat di Masjidilharam dan menziarahi Masjid Nabawi melalui kedua-dua aplikasi berkenaan, selepas mendaftar melalui platform “Quddum” sebaik tiba di Arab Saudi. “Bagi mempermudah urusan tetamu al-Rahman, kini jemaah dari luar Arab Saudi boleh mendapatkan visa umrah menerusi aplikasi “Eatmarna” dan “Tawakkalna” yang disediakan pada platform Google Play, App Store, App Gallery, Galaxy…

Read More

5,143 kes harian Malaysia

PUTRAJAYA 15 Nov. – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 5,143 kes positif baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu perkongsian melalui media sosial, berkata, ia menyumbang kepada sejumlah 2,551,452 kes jangkitan setakat ini. Jumlah kes harian hari ini menunjukkan penurunan berbanding 5,162 semalam dan 5,809 pada hari sebelumnya. Sebelum itu, tiga hari berturut-turut jumlah kes harian melebihi 6,000 kes iaitu 6,243 (10 Nov.), 6,323 (11 Nov.) dan 6,517 (12 Nov.).

Read More

Kes harian Thailand catat penurunan

BANGKOK 15 Nov. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Thailand menunjukkan penurunan hari ini apabila 6,343 kes baharu direkodkan berbanding 7,079 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,024,753. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 45 kematian dilaporkan berbanding 47 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 20,081 orang. Daripada 6,343 kes hari ini, sebanyak 6,155 kes melibatkan penduduk awam termasuk 12 kes import manakala 188 adalah dalam kalangan banduan. Jumlah keseluruhan kes adalah Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 45 kematian melibatkan individu berusia antara 39 dan 100 tahun termasuk dua warga Myanmar.…

Read More

Khasiat Siakap

Petikan FB Kementerian Kesihatan Malaysia) IKAN siakap kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan dan salah satu sumber Omega-3, vitamin, protein dan mineral semula jadi lain seperti selenium, fosforus, potassium dan magnesium. Namun, ia turut bergantung kepada cara memasaknya. Masaklah secara sihat sama ada secara kukus dan panggang. Jika perlu menggoreng, gunakan minyak dalam kuantiti yang sedikit dan gunakan minyak sayuran seperti minyak sawit yang kaya dengan tokotrienol. Jadi, apa kata dapatkan siakap untuk menu malam ini. Ingat, makan malam yang sebaiknya adalah antara jam 6.30 petang – 8.30 malam. Elakkan makan…

Read More