Kes Indonesia turun kepada 221

JAKARTA 15 Nov. – Indonesia terus merekodkan penurunan kes positif Covid-19 apabila 221 kes jangkitan baharu dilaporkan berbanding 339 kes semalam yang membawa kepada jumlah kumulatif 4,251,076.

Kes sembuh pula menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 706 berbanding 503 kes semalam menjadikan jumlah kesembuhan meningkat kepada 4,098,884.

Manakala jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 143,670 selepas 11 lagi kematian dilaporkan berbanding 15 yang direkodkan semalam.

Menurut data Kementerian Kesihatan, kes aktif berkurangan sebanyak 496 kes dengan jumlahnya kini 8,522.

Lima wilayah merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat 289 orang dan kumulatifnya 690.990 diikuti  DKI Jakarta 76 (848,573), Jawa Tengah 59 (454.175), Jawa Timur 48 (369.038) serta DI Yogyakarta 35 (150,628).

Bagi kes positif, Jakarta merekodkan 36 kes dan kumulatifnya 862,825, diikuti Jawa Barat 27 ( 706.901), Jawa Tengah 27 ( 485.856), Jawa Timur 26 (398.950) dan  Kalimantan Barat 18 dan kumulatifnya 41.317.

Kes aktif pula lima provinsi yang merekodkan angka tertinggi adalah di Papua sebanyak 1.680 kes, Jawa Tengah 1.500, Jawa Barat 1.193 kasus, DKI Jakarta 663 dan Lampung 616.

Lapan provinsi yang menambah kes kematian adalah Jawa Tengah tiga dengan kumulatifnya 30,181, diikuti Lampung dua (3,835) sementara enam provinsi lainnya menambahkan 1 kes Jawa Timur dengan kumulatifnya 29.671 kes, DKI Jakarta dengan kumulatifnya 13.589 kasus,

Sumatera Selatan dengan kumulatifnya 3.070 kasus, Sulawesi Tengah dengan 1.599 kasus, Kalimantan Tengah dengan kumulatifnya 1.403 kasus serta Kalimantan Utara dengan kumulatifnya 810 kasus.

Disamping itu, hasil uji per hari jejaring laboratorium berbagai wilayah, jumlah kumulatif spesimen selesai diperiksa mencapai 50.382.458 spesimen. Terdiri dari spesimen positif (kumulatif) sebanyak 7.882.141 spesimen dan spesimen negatif (kumulatif) sebanyak 40.800.748 spesimen. Positivity rate spesimen (NAA dan Antigen) harian di angka 0,16% dan positivity rate spesimen mingguan (7 – 13 November 2021) di angka 0,26%. Sementara spesimen invalid dan inkonklusiv (per hari) berjumlah 29 spesimen.

Untuk jumlah orang yang diperiksa per hari ini ada 167.949 orang dan kumulatifnya 33.711.018 orang. Lalu pada hasil terkonfirmasi negatif jumlah kumulatifnya meningkat menjadi 29.459.942 orang termasuk tambahan hari ini sebanyak 167.728 orang. Sementara positivity rate (NAA dan Antigen) orang harian di angka 0,13% dan positivity rate orang mingguan (7 – 13 November 2021) di angka 0,24%. Secara sebaran wilayah terdampak masih berada di 34 provinsi dan 510 kabupaten/kota.

Related posts

Leave a Comment