SOP mula dipandang ringan

PUTRAJAYA 30 Nov. – Trend peningkatan kewujudan kluster baharu Minggu Epidemiologi (ME) ke-47 dalam semua kategori kecuali tempat kerja dan import adalah amat membimbangkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, situasi itu menunjukkan peningkatan aktiviti sosial di semua peringkat tetapi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sudah mula dipandang ringan. “Hal ini terbukti apabila data menunjukkan terdapat peningkatan tawaran kompaun bagi kesalahan gagal memakai pelitup muka sebanyak 8.9 peratus. Walaupun kesalahan gagal menjaga penjarakan fizikal mulai berkurang (penurunan 73.7 peratus), namun pemakaian pelitup muka dengan betul haruslah diberi penekanan.…

Read More

4,306 kes baharu di Thailand

BANGKOK 30 Nov. – Dalam tempoh 24 jam, Thailand merekodkan 4,306 kes baharu  Covid-19 dan 37 kematian, yang kedua-duanya menunjukkan penurunan berbanding semalam yang merekodkan 4,753 kes dan 27 kematian. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Thailand setakat ini adalah 2,115,872 manakala 20,771 orang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 itu. Jumlah kes harian hari ini melibatkan 4,183 orang awam termasuk lapan kes import manakala 123 kes dalam kalangan banduan penjara. Semalam 6,407 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 2,019,428…

Read More

425 kes baharu di Filipina

MANILA 30 Nov. – Filipina merekodkan 425 kes baharu Covid-19, menunjukkan penurunan berbanding 665 kes harian yang direkodkan semalam. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 44 kematian direkodkan, juga jumlah yang terus turun berbanding semalam yang merekodkan 141 orang meninggal dunia. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,832,734 manakala kematian pula 48,545 orang. Sehingga pukul 4 petang ini juga, DoH merekodkan 909 kes pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah 2,768,389 pesakit pulih. Sementara itu, kes aktif pula berkurangan kepada 15,800 berbanding 16,289 yang direkodkan semalam.

Read More

Kes di Malaysia naik sedikit

PUTRAJAYA 30 Nov. – Kes baharu penularan Covid-19 di negara ini meningkat sedikit tetapi masih di paras bawah 5,000 iaitu 4,879 kes seperti dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan 2,632,782 individu dijangkiti virus berkenaan, setakat ini. Semalam, Malaysia merekodkan 4,087 kes dan sebelum itu 4,239 (28 Nov.), selepas lima hari merekodkan lebih 5,000 kes harian.

Read More

Kes di India capai 34.5 juta

NEW DELHI 30 Nov. – Angka Covid-19 di India meningkat kepada 34,587,822 pada Selasa, apabila 6,990 kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam lalu di seluruh negara. Menurut kenyataan media biro penerangan kerajaan, jumlah kes terbaharu itu adalah yang terendah dalam tempoh 551 hari. Sebanyak 190 kematian direkodkan sejak pagi Isnin, menambah jumlah kematian kepada 468,980. Masih terdapat 100,543 kes aktif di negara ini dengan penurunan sebanyak 3,316 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu. “Angka kes aktif India adalah yang terendah dalam 546 hari,” kata kenyataan itu.. Sebanyak 34,018,299…

Read More

Sinovac dos penggalak di Pulau Pinang

TANJONG 30 Nov. – Pulau Pinang akan mula memberikan vaksin Covid-19 jenis Sinovac sebagai suntikan dos penggalak pada Disember ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Norlela Ariffin Katanya, langkah itu bagi meningkatkan jumlah penerima dos penggalak di negeri itu berikutan terdapat penerima yang enggan menerima vaksin jenis Pfizer sebagai dos penggalak kerana telah menerima Sinovac untuk dos pertama dan kedua. Beliau memberitahu, Sinovac dan AstraZeneca baru-baru ini diluluskan sebagai vaksin dos penggalak. “Pulau Pinang mempunyai lebih kurang 200,000 dos vaksin Sinovac…

Read More

Menara Merdeka 118 bawa manfaat

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Menara Merdeka 118 bakal memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia kerana presint ini akan menjadi pemangkin baharu ekonomi bagi Kuala Lumpur sekali gus melengkapi kawasan lain yang sedang rancak membangun. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, Merdeka 118 dilihat turut membawa semangat Keluarga Malaysia selain memberi peluang komuniti setempat membangunkan perniagaan. Katanya, pembangunan menara ini juga dapat memberi peluang kepada masyarakat setempat terutamanya di kawasan yang berdekatan seperti Jalan Petaling, Kampung Attap serta Pudu untuk menjana ekonomi. Mereka juga dapat mengadakan program atau aktiviti untuk menambahkan…

Read More

Kanada catat 4 kes Omicron

TORONTO: Kanada mengesahkan negara itu mengesan dua lagi kes Covid-19 varian Omicron, kedua-duanya di Ottawa selepas merekodkan dua kes di Ontario semalam. Ketua Pegawai Perubatan Kesihatan Wilayah Ontario, Dr. Kieran Moore berkata empat lagi kes kemungkinan berpotensi dikaitkan dengan varian tersebut. Kedua-dua kes dilaporkan pada individu di Ottawa dengan perjalanan baru-baru ini dari Nigeria. Menurut Moore, Pejabat Kesihatan Awam Ottawa sedang berusaha bersungguh-sungguh dalam menjalankan pengurusan kes dan kontak rapat serta kedua-dua individu sedang dikuarantin. “Saya ingin meyakinkan orang ramai di Ontaria bahawa kami bersedia untuk bertindak balas terhadap perkara…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.95

PUTRAJAYA 30 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught turun kepada 0.95 semalam berbanding 0.96 pada hari sebelumnya. Empat belas negeri melebihi kadar purata kebangsaan di mana lapan negeri merekodkan kadar 1.00 atau lebih didahului Wilayah Persekutuan Labuan 1.12. Ini diikuti Perlis 1.03 manakala Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Perak, dan Pahang masing-masing merekodkan 1.00. Selangor merekodkan 0.99, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.99, Johor 0.98, Sabah 0.96, Kelantan 0.96 dan Terengganu 0.95. Dua negeri lagi merekodkan kadar di bawah purata kebangsaan iaitu Negeri Sembilan pada kadar 0.92 dan…

Read More