5,143 kes harian Malaysia

PUTRAJAYA 15 Nov. – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 5,143 kes positif baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu perkongsian melalui media sosial, berkata, ia menyumbang kepada sejumlah 2,551,452 kes jangkitan setakat ini.

Jumlah kes harian hari ini menunjukkan penurunan berbanding 5,162 semalam dan 5,809 pada hari sebelumnya.

Sebelum itu, tiga hari berturut-turut jumlah kes harian melebihi 6,000 kes iaitu 6,243 (10 Nov.), 6,323 (11 Nov.) dan 6,517 (12 Nov.).

Related posts

Leave a Comment