2,069 kes baharu Singapura

SINGAPURA 15 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,069 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini dengan lagi lapan lagi pesakit meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan Covid-19

Menurut MoH, peningkatan kes berbanding 1,723 semalam melibatkan 1,964 kes dalam masyarakat:, empat kes import, 101 kes baharu di dormitori pekerja asing menjadikan jumlah keseluruhan 239,272.

Lapan kematian yang direkodkan melibatkan mereka yang berusia antara 71 – 96 tahun manakala jumlah keseluruhan kematian adalah 594.

Kesemua yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada.

Sementara itu kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.94, lebih rendah berbanding 0.97 yang dicatatkan pada Ahad.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Seramai 1,533 pesakit masih dirawat di hospital di mana 255 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 51 tidak stabil dan dipantau rapi di ICU, 72 sakit tenat dan perlu intubasi di ICU.

Ketika ini kadar penggunaan ICU adalah 63.6 peratus

Seramai 3,270 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan pulang dengan 474 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Related posts

Leave a Comment